KUALA LUMPUR 9 Dis. – Orang ramai disaran menggunakan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) atau Transit Aliran Massa (MRT) untuk menyaksikan saingan pertama final Piala AFF Suzuki antara pasukan Malaysia dan Vietnam pada Selasa ini. Menurut Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), waktu perkhidmatan LRT dan MRT akan dilanjutkan bersempena perlawanan berkenaan, yang dijangka dihadiri oleh lebih 80,000 orang penonton khususnya penyokong Harimau Malaya. “Tempoh operasi perkhidmatan sistem LRT Laluan Sri Petaling, Ampang, LRT Laluan Kelana Jaya, dan MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang dilanjutkan sehingga ke pukul 1 pagi pada 11 Disember 2018.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya