Taktik tukar tayar undang tuah

Taktik tukar tayar undang tuah

Oscar Piastri menjulang trofi Grand Prix Belgium selepas muncul juara dalam perlumbaan Formula Satu di litar Spa-Francorchamps, kelmarin. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BELGIUM: Pelumba McLaren, Oscar Piastri menukar kekecewaan yang dialaminya kepada motivasi sebelum melakar kemenangan keenam musim ini dalam Grand Prix (GP) Belgium yang tertangguh akibat hujan.

Piastri kecewa dengan dirinya sendiri Sabtu lalu apabila ditewaskan oleh pesaing kejuaraan dan rakan sepasukannya, Lando Norris dalam sesi kelayakan sebelum dia memintas pada pusingan pertama di perlumbaan utama.

Pelumba berusia 24 tahun itu mengekalkan kedudukan dan selepas masuk ke pit menukar tayar kering, Piastri kekal di hadapan Norris sehingga akhir perlumbaan sekali gus melebarkan pendahuluannya dalam perebutan kejuaraan kepada 16 mata.

“Saya tahu pusingan pertama mungkin peluang terbaik saya untuk menang. Saya dapat keluar selekoh dengan baik dari pusingan satu dan kemudian saya angkat sedikit pedal semasa melalui Eau Rouge dan itu sudah mencukupi.

“Sepanjang baki perlumbaan kami uruskan dengan baik. Saya sedikit bergelut di akhir perlumbaan, mungkin tayar medium bukan pilihan terbaik untuk lima atau enam pusingan terakhir tapi kami berjaya kawal keadaan dengan baik dan itu yang saya mahukan.

“Saya agak kecewa dengan diri sendiri semalam (kelmarin) tapi ternyata bermula di petak kedua di Spa bukanlah sesuatu yang buruk!,” kata Piastri.

Piastri turut berkata, strategi tayar akan menjadi faktor penting dan sudah menjangka keputusan Norris untuk menggunakan tayar keras, satu-satunya pelumba yang berbuat demikian manakala yang lain memilih tayar medium.

“Saya pun merancang perkara yang sama jika saya berada di tempat kedua, jadi saya sudah agak itu mungkin keputusan Lando. Bagi saya, tayar medium adalah pilihan paling selamat ketika itu,” katanya. – AFP/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN