Penyerahan geran hak milik peneroka Felda di Perak selesai tahun depan - Utusan Malaysia

Penyerahan geran hak milik peneroka Felda di Perak selesai tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM 17 Dis. – Kerajaan negeri menjangka dapat menyelesaikan penyerahan geran hak milik tanah kepada kesemua 5,917 peneroka Felda di negeri ini menjelang suku pertama tahun depan.

Beliau berkata, ketika ini, sebanyak 5,772 peneroka atau 97.55 peratus telah berjaya menerima geran berkenaan kecuali di empat daripada 17 tanah rancangan Felda yang ada di negeri ini.

Menurut beliau, empat tanah rancangan Felda itu ialah Felda Trolak Timur, Felda Trolak Selatan, Felda Gunung Besout 3 dan 19 lot lagi di Felda Ijok.

“Dalam konteks pemberian hak milik Felda, saya memahami kekangan disebabkan beberapa isu teknikal melibatkan peneroka yang telah meninggal dunia, pengurusan pusaka dan sebagainya.

“Kita (kerajaan negeri) telah memperkenalkan sistem e-Tanah dan saya juga telah mengarahkan kepada Pengarah Tanah dan Galian negeri untuk mempercepatkan proses pengeluaran baki geran hak milikan tanah di seluruh negeri Perak pada tahun hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penyerahan hak milik tanah kepada 179 peneroka Felda Sungai Behrang, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×