KANGAR 17 Dis. – Para penyelidik Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) meraih kejayaan cemerlang di Seoul International Invention Fair (SIIF) 2018 yang berlangsung di Seoul, Korea Selatan baru-baru ini. Menurut kenyataan UniMAP hari ini, SIIF 2018 menyaksikan universiti itu membolot tiga pingat emas, dua perak dan satu gangsa serta dua anugerah khas. Tiga penyelidik yang menerima anugerah emas melalui produk penyelidikan mereka ialah Dr Mohd Arif Anuar Mohd Salleh, Alida Abdullah…










