LELAKI warga emas itu menjengah ke luar jendela. Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Pak Mat melihat air hujan yang mencurah turun di hujung atap rumahnya itu dengan hati yang gundah-gulana. Pelbagai persoalan menerjah fikiran generasi pertama peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) itu. Dalam hatinya berkata-kata, musim tengkujuh sudah bermula. Ini bukan kali pertama dia menghadapi situasi seperti itu. Namun, dugaan pada kali ini terlalu berat untuk ditanggung berbanding…










