BAGAN SERAI – Seorang pemuda mengalami kecederaan selepas dia ditikam dalam kejadian samun jalanan di Taman Bagan Serai, Lorong Angsana bersebelahan Sekolah Menengah Kebangsaan Alang Iskandar di sini lewat malam tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 11.20 malam itu, mangsa, Ng Yuan Heo, 22, yang berasal dari Jalan Siakap di sini mengalami kecederaan di bahagian perut selepas ditikam dengan sebilah pisau. Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Omar Bakhtiar Yaacob berkata, sebelum…










