Pembayar cukai bermasalah perlu rebut peluang tawaran PKPS - Utusan Malaysia

Pembayar cukai bermasalah perlu rebut peluang tawaran PKPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) meminta pembayar cukai mempunyai masalah percukaian untuk tampil ke hadapan dan merebut tawaran Program Khas Pematuhan Sukarela (PKPS) yang kini dalam fasa pelaksanaan dan promosi.

LHDN dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan pengakuan sukarela itu boleh dibuat di mana-mana pejabat LHDN di seluruh negara bermula 3 November hingga 30 Jun tahun depan. 

“Melalui tawaran ini, pembayar cukai akan dikenakan penalti lebih rendah antara 10 dan 15 peratus daripada amaun cukai perlu dibayar berbanding kadar penalti lebih tinggi (80 hingga 300 peratus) selepas pengakuan sukarela tamat, ” kata kenyataan tersebut.

Kenyataan itu menyebut program berkenaan merupakan peluang kepada pembayar cukai  menyelesaikan isu ketidakpatuhan cukai pelaporan cukai pendapatan.

LHDN juga akan menerima segala pengakuan sukarela daripada pembayar cukai dengan suci hati dan tidak akan membuat semakan lanjut terhadap pengakuan yang dikemukakan, kata kenyataan itu. – Bernama
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN