Pemakai ‘jersi plastik’ Messi terancam - Utusan Malaysia

Pemakai ‘jersi plastik’ Messi terancam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL 9 Dis. – Keluarga kepada kanak-kanak Afghanistan yang menjadi tumpuan apabila gambarnya memakai ‘jersi plastik’ Lionel Messi tular di media sosial, dilaporkan terpaksa meninggalkan rumah mereka akibat ancaman serangan Taliban.

Murtaza Ahmadi, yang kini berusia tujuh tahun, mendapat perhatian pengguna internet dua tahun lalu apabila memakai jersi nombor 10 diperbuat daripada plastik oleh abangnya, Hamayon, sehingga menyentuh hati peminat bola sepak seluruh dunia.

Perkara itu membolehkannya bertemu dengan Messi namun menyebabkan masalah kepada keluarganya, anggota etnik Hazara dari daerah Jaghori di wilayah Ghazni.

“Murtaza menjadi popular di seluruh dunia tetapi kami tidak lagi bebas untuk berjalan dan pergi ke mana-mana. Dia dan anak saya yang lain tidak dapat ke sekolah.

“Pada waktu malam, lelaki tidak dikenali berjalan berhampiran rumah kami dan apabila berlaku serangan Taliban, kami tidak boleh lagi tinggal di sini,” kata ibu kanak-kanak tersebut, Shafiqa Ahmadi ketika ditemui di sini.

Wilayah Ghazni berada pada jarak kira-kira dua jam perjalanan ke selatan Kabul dan sering kali berdepan pertempuran.

“Situasi keselamatan tidak berapa baik dan saya takut untuk berada di luar rumah. Saya mahu menjadi pemain bola sepak seperti Messi dan bersekolah,” kata Murtaza. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN