KAMPAR 20 Dis. – Seorang pelajar lelaki dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan merogol rakannya tahun lalu. Tertuduh yang berusia 17 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan secara tertutup di hadapan Majistret Nur Faizah Muhamad Saleh. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan tanpa rela dengan mangsa yang juga berusia 17 tahun di kawasan Air Terjun Batu Berangkai di sini pada pukul 8…










