PBT diminta selenggara parit elak banjir kilat - Utusan Malaysia

PBT diminta selenggara parit elak banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara agar memastikan parit dan longkang di kawasan masing-masing disenggara secara berkala pada musim tengkujuh ini.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan,  Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, ia bertujuan bagi mengelak daripada fenomena banjir kilat.

“Saya harap PBT dapat beri perhatian kepada penyenggaraan parit dan longkang bagi melancarkan aliran keluar air hujan ke sungai dan laut berhampiran.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita bimbang apabila hujan lebat bertembung dengan fenomena air pasang akan menyebabkan banjir kilat jika parit dan longkang berkenaan tersumbat,” katanya selepas meninjau mangsa banjir di Pengkalan Ajal, Ajil dekat sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Sharikan Bustaman. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini