BUKIT MERTAJAM 15 Dis. – Seorang lelaki tidak sempat menikmati sarapan pagi setelah diserang tiga lelaki bertopeng dengan seorang daripadanya bersenjatakan sebilah pedang dalam satu kejadian di Taman Chai Leng, di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 9.40 pagi itu, mangsa yang berusia 39 tahun mengalami kecederaan parah termasuk putus separuh jari tangan kanan dipercayai akibat dilibas dengan pedang oleh penyerang bertopeng itu. Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai…










