Pakistan pertahan tindakan China - Utusan Malaysia

Pakistan pertahan tindakan China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISLAMABAD 20 Dis. – Pakistan mempertahankan sekutu rapatnya, China mengenai penahanan etnik Uighur yang telah disensasikan oleh media luar

Jurucakap Kementerian Hal Ehwal Luar Negara, Mohammad Faisal berkata, sesetengah media asing cuba untuk mensensasikan isu tersebut dengan menyebarkan maklumat palsu.

“Menurut pihak berkuasa China, daripada 44 wanita, enam berada di Pakistan, empat didakwa atas pelbagai kesalahan tiga sedang disiasat dan lapan mengikut latihan secara sukarela.

“23 wanita bebas dan tinggal di Xinjiang dengan kerelaan hati,” katanya ketika sidang akhbar di sini hari ini.

Sejak beberapa tahun lalu, Pakistan telah berusaha kuat untuk menjalin hubungan dengan China dengan AS$10 bilion pelaburan dibuat Beijing dalam negara itu sebagai ‘pengubah permainan’. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×