KUALA LUMPUR 20 Dis.- Sebanyak tujuh laporan polis dibuat hari bagi mengesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas terhadap perusuh yang menyebabkan kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ25, Subang Jaya dekat sini pada 27 November lalu.
Tujuh laporan polis itu dilakukan oleh tujuh Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serentak di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfield kira-kira pukul 10.30 pagi ini.
NGO yang terlibat iaitu Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Amanah Rahsia Cekal (ARC), Gerak Kerja Gabungan Ayahanda Selangor (Gegas), Pertubuhan Kipidap dan Gerakan Reformis Rakyat Malaysia (Reformis).
Turut membuat laporan hari ini iaitu Pertubuhan Gerakan Martabat Pejuang Negara Malaysia (GMPN)-UTUSAN ONLINE










