JOHOR BAHRU 17 Dis. – AAM Motorsports Sdn. Bhd. (AAM) akan menubuhkan jawatankuasa siasatan selepas menerima semua dokumen berkaitan insiden yang mengorbankan pelumba kelas CP150, Mohd Hafiz Nor Azman, semasa pusingan akhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2018 di Bandar Penawar, Kota Tinggi, semalam. Pengerusi AAM Tunku Datuk Mudzaffar Tunku Mustapha, dalam satu kenyataan berkata, jawatankuasa berkenaan akan ditubuhkan dalam tempoh beberapa hari lagi. “Kita amat sedih menerima berita…










