MPSJ tubuh tabung khas buat Muhammad Adib - Utusan Malaysia

MPSJ tubuh tabung khas buat Muhammad Adib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Dis. – Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) akan melancarkan tabung khas untuk disalurkan kepada keluarga anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim yang terkorban akibat rusuhan di Kuih Sri Maha Mariamman, dekat sini, Selasa lalu.

Perkara itu diluluskan oleh Yang Dipertua MPSJ, Noraini Roslan selepas usul mengenainya dicadang oleh Ahli Majlis Zon 12, Abbad Salimi Che Aziz dalam Mesyuarat Penuh MPSJ Bil. 12/2018 hari ini.

Usul dipersetujui oleh 21 ahli majlis yang hadir.

Tabung itu akan dilancar dalam kalangan warga kerja MPSJ untuk diserah kepada ahli keluarga sebagai tanda solidariti dan penghargaan sepanjang Allahyarham Muhammad Adib menjalankan di kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan itu.

Muhammad Adib, 24, yang bertugas sebagai anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya disahkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada pukul 9.41 malam tiga hari lalu selepas dipercayai dipukul dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya pada 27 November lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×