PENGGEMAR makanan Barat jenama Miami Grill tidak perlu lagi mengembara sehingga ke Amerika Syarikat atau merentasi negara lain untuk menikmati kelazatan sajian tersebut. Produk sejuk beku di bawah jenama tersebut iaitu Dada Ayam Salai kini sudah boleh didapati di Malaysia apabila diperkenalkan oleh Selasih Journal Sdn. Bhd. (Selasih Journal). Jenama restoran eksklusif Miami Grill milik penyanyi Pitbull yang berpusat di Miami, Florida, Amerika Syarikat sejak tahun 1980 itu sangat terkenal…










