KUALA TERENGGANU 17 Dis. – Seramai 301 mangsa banjir daripada 109 keluarga dipindahkan ke lapan pusat pemindahan yang dibuka di empat daerah hari ini.
Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Lt. Kol (PA) Che Adam Abdul Rahman berkata, tiga pusat pemindahan dibuka di Setiu yang kini menempatkan 20 mangsa daripada empat keluarga.
Katanya, mangsa tertinggi setakat pukul 1 petang ini adalah di Marang dengan 165 orang daripada 43 keluarga yang mendiami tiga pusat pemindahan sementara.
“Bagi Kuala Terengganu dan Kuala Nerus, mangsa adalah seramai 116 orang daripada 26 keluarga yang ditempatkan di dua pusat pemindahan,” katanya.
Sehingga kini, Kuala Terengganu dan beberapa daerah lain masih mengalami hujan berterusan. – UTUSAN ONLINE










