SKUAD Harimau Malaya perlu hilangkan perasaan gentar jika berhasrat untuk meraih keputusan positif pada aksi separuh akhir kedua Kejuaraan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Suzuki 2018 menentang juara bertahan, Thailand di Stadium Rajamangala, Bangkok malam ini. Sebagai rekod, pasukan bimbingan Tan Cheng Hoe mencipta kejutan apabila berjaya mengikat skuad Gajah Perang itu dengan keputusan 0-0 pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur Sabtu lepas.…










