Lima direman tujuh hari - Utusan Malaysia

Lima direman tujuh hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Dis.- Lima individu termasuk seorang wanita direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung insiden pergaduhan yang menyebabkan seorang pengurus pusat hiburan maut akibat ditetak di hadapan sebuah pub di pusat perniagaan 8 Avenue, Seksyen 8, Petaling Jaya dekat sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, individu berusia 20 hingga 30 tahun itu direman bermula hari ini sehingga Ahad depan bagi disiasat di Seksyen 3012 Kanun Keseksaan.

“Perintah reman selama seminggu telah diberikan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Petaling Jaya, pagi tadi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan seorang pengurus pusat hiburan berusia 28 tahun maut selepas diserang beberapa lelaki bersenjatakan parang ketika sedang berdiri di luar pub berkenaan bersama beberapa lelaki lain dalam kejadian pukul 6.38 pagi.

Hasil semakan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati sebelum kejadian itu telah berlaku pergaduhan awal antara sekumpulan lelaki di hadapan premis berkenaan kira-kira pukul 5.32 pagi.

Kira-kira sejam kemudian, datang empat kenderaan di hadapan pusat hiburan berkenaan sebelum beberapa lelaki bersenjatakan parang keluar dari kenderaan tersebut dan bertindak menye­rang mangsa yang ketika itu berada di luar premis.

Susulan itu, tiga lelaki berusia antara 20 hingga 31 tahun bagi membantu siasatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN