PORT DICKSON 20 Dis. – Seramai 42 kanak-kanak daripada Pertubuhan Kebajikan Shemariah, Kuala Pilah diraikan dalam satu majlis sempena sambutan Hari Krismas oleh Kumpulan Hotel Lexis, di sini baru-baru ini. Menurut Presiden Kumpulan Hotel Lexis, Mandy Chew Siok Cheng, program itu merupakan acara tahunan dan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) kumpulan berkenaan. Beliau berkata, kanak-kanak yang berusia antara tiga hingga 18 tahun diraikan menerusi pelbagai aktiviti antaranya menaiki kapal pelayaran untuk melihat matahari terbenam, menerima hadiah dan menikmati hidangan di hotel berkenaan. “Salah satu hadiah terbaik yang boleh kita…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya