WASHINGTON: Ketidaktentuan status tarif Presiden Donald Trump terus memberi kesan terhadap rundingan perdagangan antarabangsa serta reaksi pasaran kewangan. Ramai rakan dagang Amerika Syarikat (AS) memberikan reaksi berhati-hati dalam menghadapi kemungkinan perubahan dasar, susulan mahkamah perdagangan memutuskan Trump bertindak melebihi bidang kuasanya dalam mengenakan tarif dan mengarahkan sekatan serta-merta. Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan Persekutuan AS memutuskan untuk mengembalikan semula pelaksanaan tarif itu. Kerajaan Britain berkata, keputusan itu merupakan hal dalaman pentadbiran AS…










