BAGAN SERAI 5 Dis.- Seorang lelaki cedera diperut akibat ditikam dengan sebilah pisau dalam kejadian samun di Lorong Angsana, Taman Bagan Serai bersebelahan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alang Iskandar dekat sini malam tadi. Ketua Polis Daerah Kerian Supt Omar Bakhtiar Yaacob berkata dalam kejadian 11.20 malam itu, mangsa berumur 22 tahun sedang mengayuh basikal untuk membeli makanan. Katanya semasa dalam perjalanan, mangsa telah didatangi dua lelaki menaiki motosikal tidak dikenali…










