Ladang ayam bebas jangkitan selsema burung - Utusan Malaysia

Ladang ayam bebas jangkitan selsema burung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR- Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengesahkan ladang-ladang ayam telur di Malaysia bebas daripada jangkitan virus avian Influenza H5 dan H7 (selsema burung).

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, sebaliknya ladang-ladang yang dilaporkan kes kematian ayam hanya dijangkiti penyakit-penyakit avian lain.
 
“Penyiasatan dan ujian makmal seterusnya ke atas kes-kes yang disyaki selsema burung pada awalnya telah menunjukkan bahawa ladang-ladang-ladang itu bebas daripada jangkitam virus selsema burung,” katanya pada sidang akhbar di bangunan Parlimen di sini pagi tadi.
 
Turut hadir Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin.
 
Ujarnya, ladang-ladang sebelum ini hanya disyaki dijangkiti penyakit berkenaan.
 
Dalam pada itu, Salahuddin berkata pengeluar telur ayam bersetuju dengan cadangan mengurangkan harga telur di peringkat ladang sebanyak 2 sen bagi menstabilkan harga pasaran. – K!ONLINE
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×