KUCHING 17 Dis. – Jari-jemarinya cekap mengarang biji-biji manik berwarna kuning, hitam dan putih dengan teliti untuk membentuk rantai leher. Sesekali matanya memerhati skrin telefon bimbit yang memaparkan cara-cara pembikinan dan susun atur motif untuk menghasilkan rantai leher manik di laman YouTube. Setelah satu jam menekuni manik-manik itu, Dickson Noyen mengukir senyuman sebaik sahaja rantai bermotif etnik suku kaum Bidayuh itu siap. Beliau diulit rasa bangga, nyata seorang lelaki…










