KUALA LUMPUR 17 Dis. – Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp.) mengumumkan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Shahril Mokhtar akan menamatkan tempoh perkhidmatannya pada penghujung tahun ini. Susulan itu, Lembaga Pengarah MRT Corp. yang bermesyuarat pada 14 Disember 2018 telah membuat keputusan untuk melantik Pengarah Komunikasi Strategik dan Perhubungan Pihak Berkepentingan Datuk Najmuddin Abdullah sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif. “Najmuddin akan memegang jawatan tersebut sehingga Ketua Pegawai Eksekutif…










