Kesatuan sekerja perlu berubah sikap - Dr.Mahathir - Utusan Malaysia

Kesatuan sekerja perlu berubah sikap – Dr.Mahathir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 5 Dis.- Kesatuan sekerja harus memahami perubahan pada masa kini dan memainkan peranan untuk memastikan pekerja-pekerja tidak tertinggal apabila berlakunya perubahan teknologi.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, dalam konteks masa kini, peranan kesatuan sekerja melangkaui tradisi kerana perubahan teknologi, automasi dan robotik jika tidak ditangani akan mengakibatkan pekerja ketinggalan.

Jelas Dr. Mahathir, penyertaan pekerja dalam kesatuan-kesatuan ini sering didorong oleh tiga faktor utama iaitu ekonomi, perlindungan hak dan sosial serta meletakkan harapan kepada kesatuan untuk memastikan kepentingan mereka tidak diabaikan. 

“Tetapi hari ini, kesatuan sudah tidak boleh cuma menjadi juara pekerja seperti masa lalu, menjadi pengatur piket dan lain-lain demonstrasi desakan kepada majikan. 

“Peranan mereka hari ini lebih menjurus sebagai penghubung di antara pekerja dan majikan kerana keperluan pekerja serta harapan atau keperluan majikan terhadap pekerja juga turut berubah dan lebih kompleks,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Persidangan Perwakilan Kesatuan Pekerja-Pekerja Pakaian Seragam Pos Malaysia Berhad (UPUS) Semenanjung Malaysia Kali Ke-21 di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN