Kerjasama Bernama, RTM, Jabatan Penerangan - Utusan Malaysia

Kerjasama Bernama, RTM, Jabatan Penerangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 20 Dis. – Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan mewujudkan satu portal berita menggabungkan kerjasama Bernama, Televisyen Malaysia (RTM) dan Jabatan Penerangan yang akan dilancarkan pada suku ketiga tahun depan.

Menterinya, Gobind Singh Deo berkata, media digital itu akan menyalurkan berita menerusi medium antaranya Tweeter dan Facebook dengan pantas, sahih dan dengan kandungan terbuka.

Jelasnya, portal itu juga akan menyalurkan pemberitaan secara reponsif dan bertanggungjawab termasuk menerangkan dasar-dasar kerajaan di peringkat Persekutuan dan negeri.

“Portal ini juga akan menjelaskan segala macam isu berbangkit dan kekeliruan yang berlaku dengan pantas selain memberikan berita-berita terkini.

“Kita mempunyai infrastruktur dan tenaga kerja yang cukup di semua negeri,” katanya kepada pemberita selepas melawat Jabatan Penerangan dan RTM Johor di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN