Keluarga Adib benar gambar terbaru diterbitkan - Utusan Malaysia

Keluarga Adib benar gambar terbaru diterbitkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Dis. – Keadaan anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, yang cedera parah dibelasah dalam kejadian rusuhan di kuil baru-baru ini semakin baik.

Institut Jantung Negara (IJN) dalam kenyataannya memberitahu, sejak menggunakan sistem Veno-Venous ECMO pada Ahad lalu, jantungnya telah dapat berfungsi sendiri dengan lebih baik.

“Paru-paru kirinya mula menunjukkan tanda-tanda penyembuhan awal, dan dia kini hanya memerlukan bantuan oksigen dan pernafasan yang lebih sedikit sejak malam tadi,” katanya di sini hari ini.

Bagaimanapun, menurut kenyataan itu, buah pinggang Muhammad Adib masih perlu menjalani rawatan dialisis walaupun organ tersebut sudah bertambah baik.

“Muhammad Adib kini sedang menjalani rehabilitasi paru-paru dan juga senaman anggota badan bersama pegawai fisioterapi kami.

“Keluarga Muhammad Adib telah membenarkan gambarnya diterbitkan dan mereka menzahirkan rasa terima kasih kepada seluruh warga Malaysia yang sentiasa mendoakan kesihatannya,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN