JOHOR BAHRU 20 Dis. – Masalah kebajikan pengamal media yang bertugas dengan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Televisyen Malaysia (RTM) dan Jabatan Penerangan akan diselesaikan tahun depan supaya kepentingan mereka terjaga. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, antaranya dengan memastikan mereka mencarum dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Socso) selain dilindungi dengan insurans. Jelas beliau, kemudahan tersebut melibatkan golongan pekerja berstatus kontrak atau pismil…









