Kalah menerusi penalti amat memedihkan - Claude Puel - Utusan Malaysia

Kalah menerusi penalti amat memedihkan – Claude Puel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Pengurus pasukan Leicester City, Claude Puel mengakui pasukannya tidak bernasib baik selepas tersingkir daripada saingan Piala Liga England menerusi penentuan sepakan penalti kepada Manchester City dalam aksi yang berlangsung di Stadium King Power, awal pagi semalam.

Pada perlawanan tersebut, Leicester bangkit daripada ketinggalan untuk mengikat kedudukan menjadi 1-1, namun gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri selepas tewas 1-3 menerusi penentuan penalti.

Kata Puel, kekalahan tersebut menjadi ulangan kepada kekecewaan musim lalu di mana mereka turut ditewaskan The Citizens dalam sai­ngan suku akhir kempen yang sama.

“Ini adalah kali kedua berturut-turut kami tewas kepada pasukan yang sama dan juga dengan keputusan yang sama. Namun, kegagalan kami kali ini adalah kerana tidak memanfaatkan sepakan penalti dengan baik.

“Bagaimanapun, saya enggan me­nyalahkan pemain kerana mereka telah memberikan yang terbaik dan menyajikan aksi berkualiti untuk bersaing dengan pasukan lawan,” katanya.

Mengulas lanjut, Puel mengesahkan penyerang sensasinya, Jamie Vardy yang terlepas aksi Piala Liga ekoran kecederaan akan kembali pada saingan Liga Perdana England (EPL) menentang Crystal Pa­lace, Sabtu ini. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN