Jual jagung, sayur tampung kehidupan - Utusan Malaysia

Jual jagung, sayur tampung kehidupan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT 20 Dis. – Yakin bahawa perniagaan mampu menjadi sumber rezeki, seorang warga emas, Siti Aminah Puteh, 61, dari Kampung Simpang Ibul Tunggal dekat sini, meneruskan usaha itu untuk memperoleh pendapatan bagi menampung pendapatan keluarga.

Siti Aminah yang berniaga sejak lima tahun lalu me­numpang warung rakannya di kampung berkenaan de­ngan menggunakan meja kayu untuk meletakkan barangan jualan seperti jagung dan sayur-sayuran jenis sawi, ulam raja, bayam, kangkung serta petai.

Ibu kepada tujuh anak ber­usia antara 20 tahun hingga 35 tahun itu berkata, dia menjalankan perniagaan berkenaan bagi menampung perbelanjaan dapur kerana pendapatan suaminya, Ismail Teh dari hasil kebun sawit tidak seberapa apatah lagi semakin menurun sejak beberapa bulan lalu.

“Dengan bermodalkan pusingan pendapatan jualan harian sebanyak RM100, saya memperoleh sayur-sayuran dan jagung dari kampung berdekatan untuk dijual di sini,” katanya ketika ditemui di kampung berkenaan baru-baru ini.

Menurut Siti Aminah, dia menumpang di hadapan wa­rung rakannya itu kerana tidak mampu membina ruang kedai sendiri.

“Saya mula berniaga pada pukul 8 pagi, menjelang petang pulang ke rumah de­ngan memperoleh pendapatan ha­rian antara RM100 hingga RM120 bergantung barang jualan serta cuaca.

“Saya berhasrat memiliki ruang niaga sekurang-kurangnya peralatan seperti payung, meja dan kemudahan tertentu tetapi tidak tahu untuk memohon dengan mana-mana pihak agensi kerajaan,” katanya.

Tambahnya, dia berhasrat memohon bantuan seperti da­ripada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) tetapi tidak yakin dapat membayar balik pinjaman memandangkan perniagaannya kecil-kecilan dan usianya semakin lanjut.

“Saya bersyukur kerana ke­banyakan pelanggan yang sing­gah di sini tidak lokek untuk berbelanja,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×