KUALA LUMPUR 5 Dis. – Jangkitan HIV melalui transmisi seksual menunjukkan peningkatan yang tinggi,dan menjadi punca utama jangkitan penyakit berkenaan, Dewan Rakyat diberitahu malam tadi. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata jangkitan melalui transmisi seksual meningkat kepada 91 peratus sehingga 2017 berbanding hanya 33 peratus pada 2002, walaupun kes keseluruhan menurun kepada 60 peratus pada tahun sama berbanding 2007. Katanya, sebagai langkah pencegahan, kementerian akan meningkatkan kadar capaian…










