KUALA LUMPUR 18 Dis. – Menjelang musim baharu 2019, ada pesanan buat semua jurulatih kelab Liga Malaysia agar tidak memanjakan semua pemain Harimau Malaya bagi memastikan mereka kekal sebagai ‘generasi emas’ buat bola sepak Malaysia pada masa akan datang. Itu nasihat Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), B. Sathianathan kepada semua rakan sejawatnya dalam Liga Malaysia sebagai tanda membantu pemain-pemain kebangsaan sentiasa berada di tahap terbaik apabila negara memerlukan khidmat…










