SAUDARA PENGARANG, Kebelakangan ini saya perhatikan anak-anak muda seolah-olah tidak lagi beradab dengan orang lebih tua daripada mereka. Malah lebih buruk ada yang tanpa rasa bersalah memaki hamun atau menghina warga emas yang kadangkala boleh dianggap sebagai datuk atau nenek mereka. Di negara maju, warga emas begitu dihormati golongan muda malah mereka ringan tangan untuk membantu baik berbentuk fizikal mahupun ekonomi, tidak seperti di negara kita hari ini. Bahkan saya…










