HANOI 15 Dis. – Harimau Malaya sudah melakukan segala-galanya yang terdaya, namun mereka gagal membawa pulang Piala AFF selepas tewas 0-1 kepada Vietnam di Hanoi, sebentar tadi. Jaringan pantas Nguyen Anh Duc seawal minit keenam cukup untuk mengesahkan kejuaraan buat skuad Naga Emas, yang menumpaskan Malaysia menerusi agregat 3-2 selepas seri 2-2 dalam final pertama di Bukit Jalil, Selasa lalu. Beraksi di depan lebih 40,000 penonton di Stadium Nasional My…










