Harga telur ayam turun 2 sen, bekalan cukup - Utusan Malaysia

Harga telur ayam turun 2 sen, bekalan cukup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memberi jaminan bekalan telur ayam bagi musim perayaan ini ialah mencukupi dengan harga yang stabil.

Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub turut berkata, pengeluar telur ayam bersetuju untuk kurangkan harga di peringkat ladang sebanyak dua sen bagi semua gred telur, bagi tujuan berkenaan.

Beliau turut berkata, pengurangan tiga peratus bekalan telur ayam sebelum ini bukan disebabkan jangkitan virus Avian Influenze H5 dan H7 (selsema burung) tetapi kerana beberapa ladang terutama di Semenanjung Malaysia menghadapi masalah penyakit-penyakit yang biasa.

“Ladang ayam yang berdepan masalah kematian ayam yang tinggi sebelum ini tidak dibenarkan menjual telur sehingga siasatan dan keputusan makmal mengesahkan tiada jangkitan penyakit.

“Keadaan ini menyebabkan berlaku pengurangan bekalan telur 3 peratus, namun siasatan menunjukkan ladang ayam berkenaan bebas dari jangkitan selsema burung seperti yang dilaporkan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – Bernama
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN