Hampir 20,000 tandatangan petisyen bantah Tabung Haji di bawah Guan Eng - Utusan Malaysia

Hampir 20,000 tandatangan petisyen bantah Tabung Haji di bawah Guan Eng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Dis. – Hampir 20,000 warganet telah menandatangani Petisyen Membantah Lembaga Tabung Haji (TH) Di Bawah Lim Guan Eng dan Kementerian Kewangan, setakat pukul enam petang tadi.

Petisyen yang dikelolakan oleh Esmee Mat Isa dalam laman change.org itu juga membantah Tabung Haji diletakkan di bawah pengawalseliaan Bank Negara Malaysia (BNM).

Menurut Esmee, agenda meletakkan Tabung Haji di bawah kawal selia BNM ini seumpama menghalalkan matlamat pihak tertentu untuk meletakkan Tabung Haji di bawah pengawalan Lim Guan Eng sepenuhnya.

“Ayuh kita selamatkan aset umat Islam daripada jatuh ke tangan bukan Islam. Insya-Allah, jika berjaya mendapat sokongan umat Islam, kita akan usahakan satu memorandum di serahkan kepada Majlis Raja-Raja Melayu,” kata Esmee.

Sasaran petisyen berkenaan adalah untuk memperoleh 25,000 tandatangan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN