KUALA LUMPUR 12 Dis. – Malaysia menggesa Singapura mengubah laluan penerbangan bagi kemasukan dari arah selatan serta menarik balik sistem pendaratan alatan (ILS) untuk Lapangan Terbang Seletar. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, jika laluan penerbangan ILS dibenarkan, Malaysia tidak dapat membina bangunan tinggi di Pasir Gudang selain Pelabuhan Pasir Gudang pula akan lebih terdedah kepada risiko serta pelbagai kekangan. “Sebelum ini Lapangan Terbang Seletar tidak menggunakan ILS. Juruterbang…