WASHINGTON 1 Dis.- Presiden Amerika Syarikat ke-41 George H.W. Bush meninggal dunia malam tadi. Bush yang berusia 94 tahun itu meninggal dunia pada pukul 10.10 malam. Kematian beliau lapan bulan selepas pemergian isterinya Barbara pada 17 April lalu. Kesihatan Bush merosot sejak beberapa bulan lalu. Bush mempunyai beberapa masalah kesihatan sejak beberapa tahun lalu dan pernah dimasukkan ke dalam hospital pada Januari 2017 selepas mengalami masalah pernafasan. Anaknya George W.…