BERTAPAK lebih 300 tahun di bumi Nusantara, seni telepuk mungkin sudah asing dalam perbendaharaan kata industri tekstil tempatan. Seni yang menghasilkan corak hiasan kain bagi busana diraja sejak abad ke-17 itu semakin malap dek arus zaman berikutan kepelbagaian pilihan perhiasan fabrik, tambahan pula tiada lagi permintaan untuk hiasan telepuk. Hal ini menjadikan seni ini terbiar sepi. Bagaimanapun, ia masih belum terkubur berikutan terdapat segelintir individu yang mengambil inisiatif untuk mengingatkan…










