MARANG 17 Dis. – Kehidupan sebagai nelayan bukan sahaja dikaitkan dengan kemiskinan tetapi terpaksa mempertaruhkan nyawa demi kelangsungan hidup mencari rezeki bagi menyara keluarga terutama ketika tibanya musim tengkujuh di negeri-negeri pantai timur ketika ini. Malah, bagi kebanyakan nelayan di negeri ini, musim tengkujuh yang bermula setiap Oktober hingga Februari itu bukanlah waktu untuk mereka ‘bercuti’ daripada keluar menangkap ikan meskipun terpaksa berhadapan ancaman ombak besar serta angin kencang. KAMARUZAMAN …










