PUTRAJAYA – Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad hadir ke ibu pejabat SPRM sebentar tadi bagi memberi keterangan berkenaan siasatan dakwaan pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Dzulkifli,50, tiba di ibu pejabat SPRM di sini pada pukul 10.25 pagi dengan menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Nissan X-Trail berwarna hitam. Beliau yang hadir memakai baju sut lengkap berwarna hitam sempat melambai kepada…










