Dewan Negara: Hasil kajian pemansuhan tol dibentang Mei 2019 - Utusan Malaysia

Dewan Negara: Hasil kajian pemansuhan tol dibentang Mei 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd Anuar Mohd Tahir berkata hasil kajian mekanisme bagi mencapai matlamat pengurangan kadar dan pemansuhan tol lebuh raya di negara ini akan dibentang kepada Kabinet pada Mei 2019.

Beliau berkata, kajian mekanisme berkenaan akan dilaksanakan jururunding audit bebas bertauliah yang akan dilantik pada Januari 2019, bagi membantu kerajaan mencari mekanisme secara jangka pendek, sederhana dan panjang.

“Jemaah menteri, pada 31 Oktober lalu, setelah menimbang hala tuju industri lebuh raya bertol, telah bersetuju JKR diberi tempoh enam bulan untuk mengemukakan cadangan mekanisme terbaik untuk capai matlamat berkenaan.

“Pihak Lembaga Lebuh Raya Malaysia sedang dalam proses melantik jururunding bagi menjalankan kajian hala tuju lebuh raya bertol di Malaysia ini,” katanya menjawab soalan Senator Mohamad Imran Abd Hamid iaitu bilakah manifesto Pakatan Harapan (PH) mengenai penghapusan kutipan tol boleh dilaksanakan pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.

Mohd Anuar turut berkata jururunding audit bebas bertauliah itu akan diberikan tugas besar dan perlu menjalankan kajian itu dengan penuh tanggungjawab bagi memenuhi hasrat kerajaan dan rakyat. – Bernama
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN