Dewan Negara bertafakur peringati pemergian Muhammad Adib - Utusan Malaysia

Dewan Negara bertafakur peringati pemergian Muhammad Adib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Dewan Negara hari ini bertafakur dan merakam ucapan takziah kepada keluarga anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang meninggal dunia malam tadi akibat cedera parah selepas dipercayai diserang dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ25, Subang Jaya pada 27 November lepas.

Muhammad Adib, 24, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada pukul 9.41 malam.
Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri S Vigneswaran mewakili Dewan Negara menzahirkan rasa dukacita dan sedih dengan pemergian tersebut.

“Anggota bomba ini telah mengorbankan dirinya demi berkhidmat untuk negara. Beliau adalah wira sejati, wira negara, pengorbanan insan mulia ini demi negara amat dibanggakan. Semoga kejadian ini menjadi pengajaran buat semua rakyat Malaysia,” kata beliau.

Vigneswaran juga berharap seluruh anggota keluarga Allahyarham dan warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terus tabah berdepan situasi itu.

Semua ahli Dewan kemudian bangun membaca al-Fatihah bagi yang beragama Islam dan bertafakur selama satu minit. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×