KUALA LUMPUR – Deina Global Sdn. Bhd. pengeluar produk Deina S’Max Fruit Juices optimis terhadap potensi industri pelangsingan kerana kadar obesiti dalam kalangan masyarakat di negara ini semakin meningkat.
Pengasas syarikat, Che Eddie Asuan Che Aziz berkata, berdasarkan statistik yang membimbangkan itu, kumpulan pelanggan yang mengalami masalah berat badan mengambil pelbagai usaha untuk berdiet dan menjaga pemakanan serta melakukan aktiviti senaman untuk menurunkan berat badan.
Menurutnya, pengambilan suplemen merupakan antara usaha terbaik untuk menyokong usaha tersebut dan berdasarkan permintaan yang tinggi daripada pelanggan banyak produk pelangsingan diperkenalkan oleh pelbagai perusahaan kecil dan sederhana.
“Deina S’Max Fruit Juices kini menjadi pilihan pelanggan untuk membantu mereka menurunkan berat badan secara selamat kerana ia dihasilkan daripada ekstrak bahan semula jadi.
“Antaranya ialah buah kranberi, mangga, nanas, acai beri, teh hijau dan stevia serta garcinia atroviridis (asam gelugur),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sesi pengenalan produk keluaran syarikat di Seri Kembangan, Selangor baru-baru ini.
Turut hadir pengasas bersama syarikat itu, Nurhasinah Mohd. Idris.
Mengulas lanjut mengenai produk yang mula diperkenalkan pada tahun ini, Che Eddie menjelaskan, ia telah menjalani kajian dan pembangunan lebih daripada tiga bulan dan dikeluarkan melalui sebuah kilang OEM di Selangor.
“Jus yang sedap diminum kerana berasa manis mangga itu boleh memberi impak pelangsingan kepada pelanggan dalam tempoh tujuh hingga 14 hari bergantung kepada tahap kesihatan seseorang.
“Melalui produk ini juga, ada pelanggan yang berjaya menurunkan berat badan mereka antara satu hingga lima kilogram sebulan,” jelasnya.
Che Eddie menerangkan, berdasarkan testimoni positif daripada para pelanggannya, syarikat telah meraih jualan sehingga RM4 juta pada tahun ini manakala mengunjurkan nilainya bertambah kepada RM6 juta pada tahun depan.
Kenaikan ini disokong daripada aktiviti promosi dan pengiklanan di media sosial, cetak dan elektronik serta pertambahan pengedar kepada 1,000 orang pada tahun 2019 berbanding hanya 300 pengedar pada masa sekarang.
Produk Deina S’Max Fruit Juices ditawarkan pada harga RM80 sebotol.
Mereka yang berminat untuk mendapatkan produk dan menjadi pengedar boleh menghubungi di talian 017-2011 709.










