LONDON 17 Dis. – Kevin De Bruyne percaya Liverpool akan terus memberikan tekanan kepada juara bertahan Liga Perdana Inggeris, Manchester City untuk perebutan kejuaraan meskipun hakikatnya pemain tengah itu tidak bimbang dengan prestasi semasa The Reds. Liverpool kembali merampas kedudukan peneraju liga selepas menang 3-1 ke atas seteru tradisi mereka, Manchester United di Anfield. Dua jaringan Xherdan Shaqiri pada separuh masa kedua membolehkan Liverpool mengatasi City dengan kelebihan satu mata…










