KOTA BHARU 5 Dis. – Kerajaan Pas Kelantan mengumumkan cuti peristiwa pada 9 Disember (Ahad) ini.

Perkara itu diumumkan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.
Ahmad berkata, cuti peristiwa itu adalah sempena himpunan membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) #DaulatHimpunan812 yang dijadual berlangsung di Kuala Lumpur, Sabtu ini.
“Kita harap cuti peristiwa ini memberi ruang untuk lebih ramai rakyat Kelantan pergi ke ibu negara bagi menghadiri perhimpunan yang dibuat secara besar-besaran itu,” katanya. – UTUSAN ONLINE










