IPOH – Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk menerima satu nota ugutan yang diletakkan di cermin hadapan kenderaan utility sukan (SUV) miliknya sebelum kenderaan tersebut ditembak dua lelaki yang menunggang motosikal awal pagi tadi. Dalam kejadian pukul 6.56 pagi itu, ahli perniagaan tersebut bagaimanapun selamat ketika kejadian tembakan dilepaskan ekoran dia berada di dalam sebuah restoran berhampiran untuk bersarapan. Terdahulu, mangsa yang juga pemilik sebuah kedai dobi itu menerima nota ugutan bertulis ‘Nyawa terakhir’ yang…










