KOTA KINABALU 17 Dis. – Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony berkata cara bekerja kakitangan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) perlu diterapkan dengan elemen Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) kerana ianya akan menjadi norma di masa akan datang. Beliau berkata dunia kini sedang melalui peralihan ke arah IR4.0 yang akan mengubah cara bekerja dan kehidupan manusia. Peter Anthony “Oleh itu setiap daripada kita perlu bergerak seiring dengan keperluan semasa bagi…










