Bukan semua bekas UMNO diterima masuk Bersatu - Utusan Malaysia

Bukan semua bekas UMNO diterima masuk Bersatu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA 17 Dis. – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memaklumkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan menerima semua ahli UMNO yang keluar daripada parti itu.

Dr. Mahathir merangkap Pengerusi Bersatu berkata, pihaknya akan membuat pertimbangan terlebih dahulu bagi melihat individu berkenaan layak atau tidak untuk menyertai Bersatu.

“Kita timbang, kalau sesuai kita boleh terima, kalau tak sesuai kita tidak boleh. Kita tidak boleh terima semua, kita kena kaji dulu, dia bebas semasa keluar UMNO,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai tindakan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik dan pengikutnya yang keluar UMNO dan menyerahkan borang keahlian untuk menyertai Bersatu semalam.

Selain itu, Dr. Mahathir turut menegaskan bahawa Bersatu berpegang teguh kepada janjinya untuk tidak melebarkan sayap ke Sabah.

“Tidak, kita (Bersatu) tidak akan ke Sabah. Rakyat negeri itu bebas memilih sebarang parti,” katanya.

Terdahulu, Dr. Mahathir menghadiri sesi dialog tertutup bersama 50 pemain industri yang dipengerusikan oleh Pengerusi Kumpulan Industri Kerajaan untuk Teknologi Tinggi (MIGHT), Tan Sri Dr. Ahmad Tajuddin Ali di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN